hey dudes!

Wednesday, November 13

tragedy of november.

10hb Nov
aku dapat rasakan tubuh badan aku semakin lemah dan sakit sakit.
aku tak senang tidur mahupun baring. apetah lagi ingin bersuka ria.
hari aku menjadi suram.

11hb Nov
keadaan aku semakin merunsingkan kawan-kawan termasuk buahatiku.
lalu, buahatiku bertindak membawa aku ke PKU disebabkan 12hb aku terpaksa menduduki peperiksaan GEOLOGY.
malam itu aku dapat tidur sedikit lena, mungkin kerana pain killer yang disuntik ke dalam badanku.

12hb Nov
kesakitan yang aku alami semakin menyakitkan. aku seakan-akan tidak mampu lagi untuk bangun sendiri dari pembaringan. aku berpaut pada tiang katil dan mengerah sepenuh tenaga untuk bangun.

13hb Nov
keadaan aku semakin teruk. aku tidak lagi mampu untuk bangun ke tandas. aku hanya nagun bila terdesak dan sudah pasti aku sangat-sangat terseksa menahan kesakitan seorang diri. teramat sakit menanggung derita tanpa bantuan orang. hanya kawan-kawan yang rapat dengan ku sahaja yang berulang alik ke bilik hantarkan makanan.

14hb Nov
aku berjaya dipujuk oleh farahin untuk ke hospital. aku disorong mereka ke tempat kecemasan. kehadiran kawan-kawan baik ku memberi aku semangat untuk terus bertahan dan menunggu. kehadiran buahati tercinta juga memberi aku sinar kebahagiaan walaupun aku masih dalam kesakitan yang teramat sangat.
namun, sesuatu yang tak diduga berlaku di hospital membuatkan aku terus berada dalam kesakitan.

15hb Nov
paper HYRAULIC aku missed begitu sahaja. aku mendapat MC dr pihak hospital. kesaitan yang aku rasakan bertambah tambah. setiap kali aku beralih kedudukan pembaringan. ia bersertakan air mata. sakit. sangat sakit. aku hanya menanti hari esok untuk pulang ke rumah. dah tak tahan menanggung sakit seorang diri. buat ketika ini, kawan2 aku menyuap aku makan,minum. kronik kan? :(

16hb Nov
paper STRUCTURE pula aku missed kali ni. aku dah tak boleh nak pikir apa. aku bertahan menunggu buahatiku dan abangku mengambil aku. aku dah tak tahan menanggung seorang diri :( :(
aku sampai di rumah. aku tahu mama sangat sedih melihat keadaan aku. malam aku tak dapat lelapkan mata.
sungguh sakit. hanya tuhan yang tahu.

17hb Nov
berada di rumah tidak memberi apa-apa perubahan kepada aku. aku masih terbaring kesakitan. malam ku bertamankan air mata kesakitan. raya ku hanya di tilam, dalam kesakitan. besar dosa aku agaknya. sampai begitu aku terpaksa menahan pembalasan tuhan. semoga dosa aku luruh tatkala aku menahan kesakitan yang teramat sangat itu.

18hb Nov
keadaan aku semakin membimbangkan semua pihak. untuk bangun, aku terpaksa berpaut pada mama ku yang sedia kala semua orang tahu mama ku sangat kecil. kegigihan seorang ibu membantu menjaga anak yang sakit tenat jelas pada wajah mama. aku terhutang berjuta diamond budi pada mama. tak sanggup untuk jelas pengorbanan mama aku itu. malam aku terus ditemani air mata. kata perangsang "sabar dik, ni semua dugaan tuhan nak tengok kita kuat ke tak" aku kenang sampai bila bila. mungkin ini dugaan untuk tengok tahap keimanan aku terhadap qada' dan qadar. aku percaya suatu hikmah berselindung disebalik kesakitan yang aku alami.

19hb Nov
paper ENGLISH aku terpaksa tidak endahkan. kesihatan aku semakin di tahap kronik. aku sudah menangis teresak2 tatkala ingin bangun. sudah tidak terbayang lagi kesakitan yang aku tanggung. dah tak termampu berkata. sudah tidak mampu menjamah apa-apa. maka malam itu aku di bawa ke hospital. aku terpaksa menjalani operation. malam itu aku dapat tidur dengan tenang setelah disuntik pain killer.

20hb Nov.
seawal pagi aku digerak, b

No comments: