hey dudes!

Wednesday, March 16

senyuman menutup rinduku.

hai, salam~ hari yg sejuk macam ni buatkan aku rindu. kenapa? sebab tangan dia pernah menghangatkan aku suatu masa dulu. dulu? ye,dulu. satu jangka masa yg lama. dan aku sangat merindui tangan kasar itu.
mungkin aku pernah menyakitkan hatinya. mungkin aku pernah meninggikan suara padanya. tapi, apa yg jelas, aku sangat menyayanginya.

suatu masa dulu, perjalanan hidup aku teratur dengan kehadirannya. walaupun aku nakal, tapi aku tau kasih sayangnya tidak tumpah selain kepadaku. aku masih ingat setiap suara marah, suara sedih, suara kasih sayangnya. aku bertuah kerana pernah bersamanya. walaupun tidak puas hidup tanpanya. tapi aku sedar, siapalah aku untuk mengharap kepulangannya. cuma, aku berharap mungkin suatu masa nanti. aku dapat merasakan kehangatan kasih sayangnya lagi. aku rindu :'(

aku doakan dia bahagia dengan pilihannya. dengan keputusannya walaupun keputusn itu memutuskan segala kasih sayang yg aku rasakan selama ini. aku redha. aku sayangkan dia. setiap hari, aku menyayanginya. aku menyayanginya. aku menyayanginyaaa.
                        
When i try to speak about you i choke and then i start to cry
I miss you, why did you have to go.

Your always making me teary-eyed.

bersyukur dan sayangilah mereka yg masih lagi ada disamping anda. mungkin yg pergi tidak kembali, atau mungkin suatu hari dia akan kembali membawa sinar dalam hidup.

No comments: