hey dudes!

Friday, November 26

tragedy of november.

10hb Nov
aku dapat rasakan tubuh badan aku semakin lemah dan sakit sakit.
aku tak senang tidur mahupun baring. apetah lagi ingin bersuka ria.
hari aku menjadi suram.

11hb Nov
keadaan aku semakin merunsingkan kawan-kawan termasuk Fadzli. 
lalu, Fadzli bertindak membawa aku ke PKU disebabkan 12hb aku terpaksa menduduki peperiksaan GEOLOGY. 
malam itu aku dapat tidur sedikit lena, mungkin kerana pain killer yang disuntik ke dalam badanku.

12hb Nov
kesakitan yang aku alami semakin menyakitkan. aku seakan-akan tidak mampu lagi untuk bangun sendiri dari pembaringan. aku berpaut pada tiang katil dan mengerah sepenuh tenaga untuk bangun. 

13hb Nov
keadaan aku semakin teruk. aku tidak lagi mampu untuk bangun ke tandas. aku hanya bangun bila terdesak dan sudah pasti aku sangat-sangat terseksa menahan kesakitan seorang diri. teramat sakit menanggung derita tanpa bantuan orang. hanya kawan-kawan yang rapat dengan ku sahaja yang berulang alik ke bilik hantarkan makanan.

14hb Nov
aku berjaya dipujuk oleh farahin untuk ke hospital. aku disorong mereka ke tempat kecemasan. kehadiran kawan-kawan baik ku memberi aku semangat untuk terus bertahan dan menunggu. kehadiran Fadzli juga memberi aku sinar kebahagiaan walaupun aku masih dalam kesakitan yang teramat sangat.
namun, sesuatu yang tak diduga berlaku di hospital membuatkan aku terus berada dalam kesakitan.
aku ketika di hospital serdang, kawan-kawan aku berebut-rebut nak tolak aku naek wheelchair =)

15hb Nov
paper HYRAULIC aku missed begitu sahaja. aku mendapat MC dr pihak hospital. kesaitan yang aku rasakan bertambah tambah. setiap kali aku beralih kedudukan pembaringan. ia bersertakan air mata. sakit. sangat sakit. aku hanya menanti hari esok untuk pulang ke rumah. dah tak tahan menanggung sakit seorang diri. buat ketika ini, kawan2 aku menyuap aku makan,minum. kronik kan? :(

16hb Nov
paper STRUCTURE pula aku missed kali ni. aku dah tak boleh nak pikir apa. aku bertahan menunggu Fadzli dan abangku mengambil aku. aku dah tak tahan menanggung seorang diri :( :(
aku sampai di rumah. aku tahu mama sangat sedih melihat keadaan aku. malam aku tak dapat lelapkan mata.
sungguh sakit. hanya tuhan yang tahu.

17hb Nov
berada di rumah tidak memberi apa-apa perubahan kepada aku. aku masih terbaring kesakitan. malam ku bertamankan air mata kesakitan. raya ku hanya di tilam, dalam kesakitan. besar dosa aku agaknya. sampai begitu aku terpaksa menahan pembalasan tuhan. semoga dosa aku luruh tatkala aku menahan kesakitan yang teramat sangat itu.

18hb Nov
keadaan aku semakin membimbangkan semua pihak. untuk bangun, aku terpaksa berpaut pada mama ku yang sedia kala semua orang tahu mama ku sangat kecil. kegigihan seorang ibu membantu menjaga anak yang sakit tenat jelas pada wajah mama. aku terhutang berjuta diamond budi pada mama. tak sanggup untuk jelas pengorbanan mama aku itu. malam aku terus ditemani air mata. kata perangsang "sabar dik, ni semua dugaan tuhan nak tengok kita kuat ke tak" aku kenang sampai bila bila. mungkin ini dugaan untuk tengok tahap keimanan aku terhadap qada' dan qadar. aku percaya suatu hikmah berselindung disebalik kesakitan yang aku alami.

19hb Nov
paper ENGLISH aku terpaksa tidak endahkan. kesihatan aku semakin di tahap kronik. aku sudah menangis teresak2 tatkala ingin bangun. sudah tidak terbayang lagi kesakitan yang aku tanggung. dah tak termampu berkata. sudah tidak mampu menjamah apa-apa. maka malam itu aku di bawa ke hospital. aku terpaksa menjalani operation. malam itu aku dapat tidur dengan tenang setelah disuntik pain killer.
setibanya aku di hospital specialist, tanganku berjerut dengan wayar-wayar air =''(

20hb Nov
seawal pagi aku digerak, bersiap sedia untuk menjalani pembedahan. aku hampir tidak percaya, tapi itulah kenyataannya. aku redha dengan ketentuan tuhan.. jika pembedahan jalan penyelesaian penyakit aku, aku redha. aku berserah dengan ketentuan ilahi. 
selepas pembedahan, aku "hang". mungkin aku masih dibawah paras sedar akibat disuntik. Aku hanya dapat melihat orang, tapi aku tak dapat memberi apa-apa respon. Selepas bangun dari tidur, baru aku dapat berinteraksi dengan orang. Aku dapat rasa diriku semakin OKEY.

abangku sempat snap gambar before masuk operation hall, sempat senyum tuu~

21hb Nov
Hari pertama selepas operation aku terdemam-demam. Tapi aku still dapat tersenyum sebab kesakitan sebelum ni lagi menduga aku. Ouh, aku hampir sehat. Bahagiaaa =))

Ramai kawan-kawan and sedara mara datang. Bawak buah-buah2, ada yang bagi duet. Wahhh, sakit-sakit dapat duet .bahagiaaaa =)
Fadzli juga datang merempit dari serdang. Amek kau, jauh tuuu. Bagus bagus, Nampak jelas di situ dia sayang aku. Bahagiaaaaa =)

22hb Nov
hari ke-2 di hospital membuatkan aku semakin gah. nurse-nurse sudah kenal sangat dengan aku. sebab aku paling muda dalam wad tu. and aku jugak paling comei, kot? hahaaa~
aku rasa makin sehat dan beransur pulih. namun kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. tengahari itu, aku menangis lagi. doctor sahkan usus aku berlubang. besar atau kecik masih menjadi tanda tanya sampai sekarang. mama pun menangis, mama berlari jauh masa doctor "mengerjakan" aku. die tak sanggup dengar aku meronta kesakitan. sangat sakit. hanya Tuhan yang tahu. oleh sebab itu, aku tak dapat keluar wad lagi. sedihhhh :(

first time aku makan sendiri, ku gagahkan jua tanpa mama =(


23hb Nov
nak kata aku happy, memang tak happy laa. nak kata sedih, tak jugak. tapi yang pasti harini aku keluar wad. yeeeehaa! :D
walaupun aku tak sehat sepenuhnya, aku tetap berpura-pura sehat. aku benci hospital. aku benci disakiti. aku benci. waaaaaaa :"(
semoga aku terus sehat.


30hb Nov
bakal menjelmaaa, keadaan usus ku masih menjadi tanda tanya. jika besar lubangnyaa, makan operation akan dijalankan LAGI. jika kecik, akan pulih sendiri.
buat masa ni, hari-hari aku berdoa agar aku semakin sehat. beri aku peluang kedua untuk hidup normal seperti orang lain. ada hikmah disebalik setiap kejadian.
AKU PERCAYA. 












14 comments:

kay yea said...

macik sakit ape?cpt sembuh k!~ :)

noyy okey said...

kuman dalam darah. huhu. tenkiuuuu kenchana :)

Anonymous said...

beby syg!insyaAllah u will ok.we will meet up soon

noyy okey said...

tenkiuuu syg ain. doa2 utk i k?
i miss u! c u soon :)

nurul syazana said...

noy, sedihnya baca cerita sakit kau! get well soon =)

Kairel Keflee said...

oit.duk bt diary mcm nak mati plak nyet.lek la nyet.kita kena hepi nyet.

Anonymous said...

PZ. semoga cepat2 sembuh ye. :)
aku doa dari jauh saje.

noyy okey said...

kecik : tenkiuuu,doa2kan aku ye :)

bun : aku hepi je ni, cume tkot nak mati je. waaaaa :'(

atee : thanks atee, lebiu :)

syamimihaziqah said...

adoii terasa kesakitannya.
get well soon ye! :)

syer. said...

be strong dear :)
take care..jgn buat benda2 berat sgt n get well soon!

Wawa Amran said...

byk2 wat solat hajat..
insyaalah Allah bantu..
moga cpt sehat..
Be happy ssb sakit 2 penyembuh dosa =)

noyy okey said...

ieqa : tenkiuuu, doa2kan la eh :)

syer : yes dear, i mmg xbuat keje pape da, berehat je, hihihi :)

cik boolat heart : heee, tenkiu sbb egtkan. mmg sakit penghapus dosa, redho :)

Unknown said...

hope ko makin ok skang ni... :)

erniemusliana said...

acik acik....sedih..:(
moge acik cpt sehat ye???acik jgn lasak2 sgt tau...mmuaaxx..!!luv u.!