hey dudes!

Monday, September 13

dam dum dam, bunyi mercun.
arghhh!, ada yang kena mercun.

okey, starting memang merapu sebab aku tak de idea nak tulis buang apa kat blog ni. 
raya raya raya. sekarang top news and most recent kat facebook memang tak lain  tak bukan pasal raya la kan.
aku pun baru je sattle upload piccu picta kat facebook aku.
mesti korang da tengok kan? korang kan stalker terbaek. ngahaha :P

okey2, hari tu dah mintak maap. so malas kutuk orang lebih2.
raya korang best? enjoy tak?
seperti yang aku jangkakan. raya aku tahun ni memang SAKAN wa cakap lu.
dari raya first sampai raya ke-3 memang beraya and merayau and MAKAN je kerja aku.
speechless bila aku kira jumlah kalori dalam badan aku. *kira ke pun? haha.

dah la pantang dengar ada rumah buat laksa. SERBU!!!!
kebetulan most of the family aku memang gilakan laksa.
sampai touching2 kakak sedara aku tak dapat laksa. *tak cukup tau. gile  tak gile? adoi
memang berebut2 and macam tak makan setahun. 

kami menggunakan perkhidmatan KONVOI semasa beraya. 
pastu suka bagi orang gelabah sambut kitorang datang beraya. 
kesian jugak kelam kabut hidang and melayan kitaorang, haha
aku pulak sakan sangat makan. mama cakap sebab aku baru nak sehat, sebab2 makan banyak.
aku pun tersenyum lebar laa bila mama cakap camtu. SERONOK sebab aku ada ALASAN untuk makan banyak. ngeee~

malam pulak gamat gila dengan main mercun and bunga api
SAKAN BAKAR DUIT. aku yang takot api ni hanya mampu meNANGKAP gambar je.
nak bakar bunga api, takot. apetah lagi mercun. rugi rugi  =_='' 
aku rasa kazen aku dengan abang aku dah bakar ratus2 nak dekat ribu duit untuk mercun
tapi memang puashati laa. bomsanebomsini. lawan bunyi dengan rumah lain.


figure1 : bunga api kot. ntah mana hala tuju :P


figure 2 : 1st day, theme family aku, purple. usha la mama aku jeling abang aku. haha!

 raya 2nd aku beraya lagi. tak serik2 kau. 
melawat tok sedara yang aku tak pernah kenal and tau.
rupanya besar family aku. hee~
tak pe lah, yang penting aku dapat makan ABC SPECIAL. kat LUMUT.
panas terik , bahang panas, dapat makan ABC kat Lumut yang berangin memang terbaik lah!!

sempat singgah beraya dengan atok opah yang dalam kubur.
dah bagi atok opah makan and minum DOA dari aku.
huuu~ ingat lagi ke ntah atok and opah aku kat aku.
dulu kecik2 aku duduk dengan diorang laa. rinduuu. *sobsobb~
figure3 : focus dekat ABC ye. nyum3~ :D

raya ke-3 beraya lagi. sakann. 
konvoi jugak sama seperti raya 1st and second.
3buah rumah yang dekat, pastu rumah kazen yang paling rapat dengan aku, paah.
apa yang best? yang best hanya part nak balik.
sebab aku ngantuk gila tahap lalat kena ridsect. tak tahann.


figure4 : haaa, rindu2. hee.


maka, malam raya ke-4 aku dah berada dirumah aku yang best.
rumah aku paling best. yeee. so, siapa2 nak ajak aku merayau pergi raya, sila contact aku ya.
aku free available and single. hihihhii.

*rabu khames sabtu dah dicop. ahad jua  ----_____----'''

2 comments:

Anonymous said...

cantikla wall paper.comel!

noyy okey said...

hihihi. mekacih cyg!