semalam hari ahad, kiranya hari ni hari isnin.
tapi aku tak rasa nak cerita apa2 tentang semalam or hari ni.
cuma aku nak cerita tentang esok dan hari seterusnya.
disebabkan hari ni dah mencecah 27hb puasa (ramadhan),
maka perjuangan menahan nafsu (lapar dahaga dan lain2) sudah nak sampai ke penghujung.
manusia yang leka beribadah akan rasa sedih la dengan kenyataan ini
tapi untuk manusia yang betol2 leka dan alpa sangat tak sabar menanti raya
aku?? biasa2 je.
maybe sebab aku bukan dalam kategori golongan yang leka beribadah
mahupun leka dan alpa sangat dengan duniawi
tapi aku rasa raya tahun ni ada impak besar dalam hidup aku.
impak yang aku maksudkan memang tak ada kena mengena dengan impak maksima the movie mahupun the series.
impak yang aku dapat tak lah di kategorikan sebagai impak yang maksima, cuma impak biasa2 je.
ahh, menyimpang sudah.
aku ada tafsir. ia dibelikan oleh seseorang yang sangat berguna dalam hidup aku.
(may be term berguna tu macam tak sesuai, tapi aku sedar aku selalu gunakan dia untuk diri aku)
fulstop untuk itu.
before ni aku jarang or boleh dikatakan tak pernah baca tafsir sesetengah surah
tapi masuk sem 3 ni, aku tak bawak al-quran da, sebab dah ada tafsir.
tafsir boleh pegang walaupun tak ada wuduk ye. jadi aku boleh pegang dan bace walaupun aku baru bangun tido, tak sempat gosok gigi pun. yela kan, aku terlampau banyak masa free sem ni. *sigh~
dari membaca al-quran tanpa memahami, adalah lebih baik membaca tafsir.
sedikit sebanyak aku dapat mengurangkan amarah aku yang seringkali membakar jiwa muda aku.
sekarang aku dah kurang marah marah tak tentu pasal.
aku cuma marah bila ada orang cari pasal itu pun setelah hilang pertimbangan.
( aku cuba sebaik mungkin timbang timbang, sampai timbang rosak)
okey, semoga baran dan amukan aku yang selalu berkuasa itu akan lenyap selama-lamanya.
aku nasihat kepada folowers dan diri sendiri, marilah kita membaca dan menghayati kalam ALLAH itu.
sesungguhnya banyak perkara baik yang bakal diperolehi.
sekian.
p/s : cikgu, cukup tak 360 patah perkataan? boleh dapat A+ tak? hihihiii~
glosari =
- alpa tu macam leka laa. tapi ejaan dan sebutannya lain.
- amarah tu macam amaran ketika marah. huuu~
No comments:
Post a Comment